Nuffnang Ads

Saturday 10 January 2015

2.0.1.5 Di kampung Tercinta bersama En lebiu Tercinta ;)

Assalammualaikum

10 hari dah kita semua telah meniti ke tahun 2015 bulan januari..alhamdulillah..syukur kehadrat yang maha Esa atas segala kurniaan dan kesempatan yang Allah telah berikan kepada kita semua, dipanjang kan usia agar kita lebih memperbaiki diri serta berusaha dalam menurut segala perintahNya.

Nak dekat hampir setahun lebih sy menghilang kan diri (bhahaha)....
 *ingat kelaka ker* lama meninggal kan blog suam suam air suam ni. asyik suam suam kuku jer..cliche sangat..typical melayu..gitewww.

overnyer haku...

Memandang kan 1/1 tu jth pada hari khamis, sy dengan sepenuh tenaga berfikir untuk terus bercuti pada jumaat. Jadi terjadilah cuti selama 4 hari berturut turut dan perasaan ingin pulang ke kampung halaman memang membuak-buak tak terbendung. Lagi pun berminggu minggu sebelum tu memg dh membebel tanpa henti sambil hentak-hentak kaki kat en somi nak balik kampung. Lama tak jenguk kampung. Rindu wan dgn atok kita.

Lepas je balik kerja rabu malam tu, kita semangat siap-siap, kemas barang-barang dan terus bergerak. Dalam kereta nyanyi-nyanyi dalam hati senyap-senyap..balik kampung..hoohoo...balik kampung...

lalalalalala...

Sampai je malam tu jumpa dengan pak usu, adik mama yang bongsu kebetulan balik kampung juga. Santai-santai malam tahun baru tu dengan wan dan atok kat rumah. 

Sembang kencang dengan wan dan atok.  

Hari Khamis tu, relaks-relak dulu, lepaking dulu layan angin kampung, sebab apa...

Sampai-sampai je malam tu kita dah main jeling- jeling dengan buah rambutan yang gayut-gayut kat pokok..

kahkahkah..

Jumaat yang dinanti, pepagi ikut wan dan atok pegi pasar behrang, beli barang-barang nak masak. Lepas tu pegi settlekan beberapa urusan dengan en somi.

Petang menjelma, lepas solat asar, kita dengan en somi pun bergerak secara beregu panjat pokok rambuatan. tapi kita tunggu kat bawah jer, masuk kan rambutan dlm bakul dan sambil-sambil tu membaham rambutan dengan angkuh sekali.

syurga...

lepas tue, tinjau-tinjau apa benda yang gayut-gayut banyak kat pokok jering tu...
la....confirm la jering..tak kan la manggis gayut-gayut kat pokok jering..tarus ingat kat ayah..memg feveret dia.

beberapa minggu lepas ayah mama dah balik panjat pokok jering tapi masih banyak lagi..tengah musim membuah..(betul ker musim tu...membuah pun boleh!!)

ajak en somi panjat pokok jering pulak, punyer la payah. mana tak nya pokok jering tu mencacak tegak. tak macam pokok rambutan yang meliuk-liuk batang pokoknya.

Gigih bawak tangga atok, pakukan kayu kat pokok jadikan pemijak utuk naik...berjaya weh..en somi sampai pun kat atas even bercalar-calar lebam la tangan dia..( satgi dia claim aku dera dier...huhuhu)


tadaaaa....



layan....jering nie muda-muda sangat..buat ulam makan dengan nasi sekali dengan sambal petai awesome wan..terbang pun boleh weh...


ini sambal petai legend wan atok kita..

rare kan...^_^ ( angkat-angkat kening acah kak Tina zain)

Kita memang tekak cili api, tekak belacan...memg kena sangat la ni...lauk dari kecik almaklum la membesar dengan wan atok kita...hihihi



 woi orang kampung!! mari join..

Keliling rumah wan kita, memang penuh dengan tanaman yg terdiri dari sayur-sayuran..memg wan kita cukup suka bercucuk tanam ni, sambil-sambil exercise waktu petang-petang bolh juga buat makan sendiri.


Cili Padi


Daun Kunyit




Pucuk manis, Cili padi




Pucuk Betik...hoyeahhh!! 


Limau




Pisang



Kucai, Pucuk Manis


daun kari


Pucuk Ubi


Pucuk Manis diluar pagar, sila la petik bila nak masak..
Tengok sayur perut dah lapar, alangkah indah bila lalu ditekak....

kahkahkah..

(mcm tak kena jew..tak kena je..)



Bunga Kantan




Daun Selom



Daun sup...dalam pasu lagi..kerlas ko som!!


hijau dah mata enkorang kan...walaweh..nie jer mampu haku snap buat tepek tak blog ni.
rasa memg berat sangat nak balik Puchong kalau dah cenggini gayanya..


hari ahad tu kami bergerak la balik puchong bawa wan sekali sebab syafiq ade kat rumah, dia cuti..sebab adik kita ditempatkan kat Sarawak..Hospital kat Bandar Sibu.

Jauh, ade buat permohonan rayuan sekitar selangor tapi tak ada rezeki.

Takperla, dah rezeki syafiq kat sana, ky doakan abg berjaya dan terus success, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan panjang umur. Jadi pagi isnin, adik sy dah nak berangkat kesana, jadi balik la ke puchong untuk jumpa syafiq sebelum dia berangkat.

siap bungkus-bungkus segala hasil tuaian yang tak seberapa untuk bawa kat ayah mama, kita pun bergerak..







Dah otw balik baru terperasan














kita perasan tak ada gambar selfie or gambar kita masa balik kampung ni..

pelik..bhahahah



teruja sangat...



tak ingat selfie langsung...


kahkahkah...

(buruk perangai ko ni *-*)




Bendi yang kiut...




patutnya tajuk entri ni hijau mata hitam ku..
macam lebih sesuai...





till then



assalammualaikum


No comments: