Nuffnang Ads

Wednesday 10 October 2018

Pengalaman bersalin kan anak kedua kami

Assalammualaikum

hye guys....sihat ker semua? hopefully semuanya ok jer kan. Untuk entry kali ni tajuk jer pun dah jelas untuk saya kongsikan pengalaman bersalin anak kedua kami. Kata orang setiap kandungan berbeza-beza..yes! its totally correct. Mungkin jugak sebab di perngaruhi banyak faktor. Umur si ibu, jantina kandungan dan persekitaran. Apapun sokongan dan tolak ansur dari orang sekeliling amatlah dihargai.....tapi....tapikan si ibu jangan la pulak mengambil kesempatan atau kata mudahnya mengada sangat!!! kita saling memahami keadaan masing-masing lebih mudah aman dan sejahtera emosi dan perasaan masing-masing ye dakk..


Memang setiap kali mengandung pun saya memang siap sedia bukak buku merah di klinik Puchong Bt14, cuma bersiap sedia untuk apa-apa keadaan kemudian. seperti biasa datang temujanji untuk pemeriksaan buat mgtt test dan sebagainya. Alhamdulillah semua ok dan normal walaupun saya mempunyai keturunan kencing manis dan darah tinggi.

kandungan menginjak ke 24 minggu merupakan sesi yg terakhir saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. sebenarnya nak teruskan sampai 28 minggu ker 30 ker kemudian saya sambung di hospital Annur tempat yang sama saya bersalin kan Akid anak sulong saya. Disebabkan masa tu saya dah tertinggal temujanji, saya hubungi pihak klinik untuk tetapkan semula tak pernah dapat. Jadi saya dan suami terus saja menyambung pemeriksaan di klinik Annur Bangi. Dan seperti biasa sekali lagi Dr Khamsiah Muda yang memang selamanya menjadi pilihan saya. Setelah beberapa kali pemeriksaan saya diberitahu bahawa Dr Kham tidak lagi menyambut bayi kelahiran hanya bertugas di klinik sahaja. Saya dah risau seribu bahasa (ada ker perkataan macam ni ;)) berulang kali saya cakap dan tanya dengan Dr Kham...kenapa? kenapa? hahaha emosi betul..Dr kham sudah tidak lagi menyambung perkhidmatan di hospital Annur dan bulan 5 itu merupakan bulan terakhir untuk beliau.
Saya risau betul tak tahu kenapa. Saya memeng berharap betul dan percaya pada Dr Kham sbb tak pernah pun bersalin kat tempat lain dan dengan Dr lain...Drama betul kan...hahaha


Tarikh bersalin saya adalah 4/7/2017 hariraya weh..memang tak raya la gamaknya..klu dapat pun seminggu je raya terus bersalin. Sebab tahun lepas raya jatuh pada tarikh 25/6/2017. Yer memang masa ni bulan puasa. Memang dihujung kandungan saya memang tak mampu berpuasa. Nak pitam pening alahan menjadi-jadi dan menggigil. Jadi mmg tak berpuasa la saya.


23/5/2017

Kandungan saya pada minggu ini telah memasuki 34 minggu. Seperti biasa bangun awal pagi bersiap dengan en suami dan AbangLong Akid teman ibu pegi temujanji. Jumpa Dr kham berat masa tu tak naik sebab temujanji terakhir Dr dah warning jangan naik berat lebih dari 500g sebab masa tu berat saya 73.8kg dan saya punya history melahirkan 3.7kg dannnnn tak mustahil juga kali ini baby mencapai berat yang sama atau lebih..itu mmg boleh terjadi. Itu apa yang diberitahu dan jangkaan Dr kham.Terus berat tak naik..kecut punya pasal *_* kihkih  Itu yang menyebabkan saya memang akan pilih Dr Kham sbb dia sangat teliti, berpengalaman dan superb dalam jangkaan dan dia juga superb in natural birth. Masa minggu ni berat baby 2.6kg.

Masa scan dr tercari-cari kepala untuk dapat kan lilitan kepala baby tapi tak jumpa sebab sepatutnya kedudukkan kepala bayi dibawah. Bila sahaja Dr Kham roll kan scan pada bahagian atas nampak kepala..baby dah pusing balik mean songsang!!! saya dah takut cuak risau. Yer memang betul baby akan berpusing-pusing dan kerap bergerak tapi it shouldn't happened in this stage. Jarang-jarang berlaku. Once songsang memang akan terus discuss untuk czer. Tapi Dr kham nasihat jgn takut berdoa banyak-banyak...Dr kham advise saya untuk amalkan doa bayi songsang dan nasihatkan saya solat berdiri macam biasa waktu sujud lamakan sujud dan baca doa bayi songsang ni.

Kemudian Dr set kan temujanji minggu depan. Saya dah bermuram durja kelu seribu bahasa. Saya pandang en suami..rasa nak menangis. Siap tanya Dr kham kalau tak pusing jugak mcm mana Dr?? Dr pegang tangan saya...dia kata jgn fikir yg negative fikir positif sahaja...insyaAllah..kita tgk minggu depan mcm mana. Jadi saya amalkan baca doa bayi songsang tu memang tak lekang sampai sudahnya saya hafal..mohon sangat-sangat dengan Allah...sebab saya betul-betul takut..dan saya bersujud lama sambil baca doa tu jugak. Memang setiap kali solat saya ambil masa sikit dalam sujud.

Pada 8/6 saya ada temujanji lagi dengan Dr. Macam biasa, siap pagi-pagi dan terus ke hospital. Dalam hati memang berdebar sgt. Mohon sangat bayi dlm kandungan saya berpusing semula ke bawah dlm keadaan normal dan baik. Setelah nama saya di panggi, berjumpa Dr, Dr terus suruh baring untuk scan. Alhamdulillah...bayi saya dah berpusing ke bawah dan masa ni bayi saya dah mencapai berat 3.0kg.  Rasa syukur dan bahagia yg tak terhingga. lepas tu Dr tgk HB sy agak rendah sedikit. Jadi Dr kham bekal kan saya zink copper untuk saya consume dan set kan lagi temujanji seterusnya pada 15/6.

15/6 Jumpa Dr kham mcm biasa. Check HB alhamdulillah dah normal. Dr risau perkara lain tapi dia cakap mmg ibu yg tak cukup consume ubat hahahahah ^_^ check pada minggu ni berat bayi 3.4kg. ini lagi satu hal yang membimbang kan. Minggu ni adalah minggu ke 37 kandungan. Berat saya pun naik sikit 75.3kg sudah. Setiap kali scan Dr Kham selalu cakap "she's very feminin". Saya mengiakan jer. Sebab tak paham sgt tgk scan tu melainkan masa scan tu Dr inform dan tunjuk..tulang peha, tulang belakang, kepala, jari dia and so on. selesai pd hari tu, Dr set kan temujanji yang seterusnya pada 22/6.

22/6/2017

Bangun pagi bersiap macam biasa terus ke Annur Bangi. Jumpa Dr kham terus Dr scan. Dari screen komputer yang tergantung diatas mmg disediakan untuk ibu sama-sama tengok keadaan bayi semasa scan. Bila Dr mula scan saya terus terpandang berat bayi..its running to 4.0x kg. Dr pun semacam terkejut. Tapi dia tak pasti dia cakap sebab bayi dah besar dan dia tk dpt nak tentukan exact weight bayi. Tapi She's pretty sure, look like 50-50 bayi saya dah pun 4kg. Masa catatan dalam rekod pun Dr letakkan question mark on baby weight. Sebelum ni lagi saya dah diberitahu yang Dr Kham no longer sambut kelahiran. Beliau hanya bertugas di klinik sampai akhir julai tak silap saya. Dr Kham dah tak jadi specialist dekat Annur Bangi sebab masa tu beliau dah buka Andorra Hospital dekat Seri kembangan which is near by Puchong. Keadaan bayi semua ok, nampak sihat. Air ketuban semua cukup. Then Dr kham tanya selepas dia explain yang dia plan kan dan wish utk saya deliver normal since yg first saya deliver normal juga, bila ibu nak bersalin hari ini ker esok?? saya terkedu tak tahu nak jwb apa, terperanjat mungkin.

kemudian Dr kham cakap, takpa kita check bukaan dulu. Saya diminta baring..Alhamdulillah dah ada bukaan 2cm. Jadi Dr stimulate utk trigger bukaan tuh. Sakit senak tak terperi. Kemudian saya boleh balik dan Dr pesan sekiranya sakit kuat atau air ketuban pecah terus dtg hospital hari ni jugak. Kalau tak ada esok pagi saya kena dtg hospital utk warded plan induce utk bersalin. Dr terus hand over saya pada Dr Fatimah yang juga Dr kegemaran ramai..lembut sgt dan keibuan betul Dr Fatimah. Saya bersalam dgn Dr Fatimah. Sebab itu baru pertama kali saya berjumpa Dr Fatimah, kegusaran dan takut terus kunjung laju tak semena-mena saya terus menangis risau. Dr pujuk saya, ibu jangan risau fikir yang baik-baik. Ibu in a good hand Dr kham cakap pada saya. Mungkin sebab dlm fikiran saya, saya memang rely on Dr kham..she's superb, tak teragak-agak. Jelas dan pasti dlm keadaan dan immediate respond. Mungkin sebab tu saya percaya pd Dr kham. Dr kham pun wipes my tears lepas tu beliau pesan berdoa banyak-banyak dan mintak maaf pd suami. Saya tanya Dr Kham banyak kali, boleh ker saya bersalin normal. Dr kham cakap, ibu boleh..u can do it..sblm ni pun ibu dah ade history deliver 3.7kg baby. Ibu boleh !.

Mild contraction dah mula terasa, tapi saya boleh tahan sebab rasa mild sgt. Darah dah mula turun sebab Dr dah stimulate dan seluk tadi. Hari ni settle kan semua benda sikit-sikit yang tak settle lagi. Perkakas lain semua dah siap dr awal. Jadi kami terus ke rumah Mama & Ayah. Bagi tahu diorg keadaaan semua. Mild contraction tu berterusan mcm biasa dan malam tu  saya tidur lena even contraction keep going.

23/6/2017

Hari ni merupakan hari kedua terakhir puasa, lepas sahur semua solat subuh. Saya terus ke hospital bersama suami dan Akid. Kemudian mama & ayah pun sampai bersama adik beradik saya. Diorg nak ke bangi sambil tu hendak mencari persediaan hari raya. lepas saya selesai daftar saya terus naik ke ward. lebih kurang pukul 10 pagi masa tu. Saya di minta tukar baju, baring dan buat ctg. Jantung bayi semua normal. Nurse pun check bukaan ianya 3~4cm mcm tu. Jadi kami menunggu sementara saya dalam waiting list utk dapat ward single. Sakit masih tak kuat lagi. saya masih relaks even berdebar bila memikirkan akan di induce sekejap nanti. Rasa nak terkeluar hati ni gementar tak terkata.



My always baby





Pukul 1.00 tghari Akid pun dah tidur. Masa ni saya dah dpt bilik single. Sekarang nih saya masih menunggu untuk di induce. Tepat pukul 3.00 petang nurse datang ke bilik minta saya tukar baju LR dan terus turun ke LR. Dekat LR tak boleh nak bawa Akid bersama. sementara Akid tidur suami menunggu dekat ward untuk pass kan Akid pd Adik saya untuk bawa balik dulu ke rumah mama& ayah. Saya pun turun ke LR seorang diri dan pesan pd suami nanti adik saya dan sampai segera ke LR.

Macam biasa, saya on drip di tangan dan sebelum tu, saya di beri ubat berak untuk bersihkan usus. sejurus lepas tu saya terus saja membuang air besar dan kecil. Lepas jer saya on drip induce pun terus on sekali. Bermula la peperangan yang sebenar. 1 jam yg pertama sakit dah bermula and its intense tapi Alhamdulillah saya masih bertahan dan tak menangis cuma kawal pernafasan dan zikir sebanyak boleh. Tak lama tu nurse dtg tanya sakit tak..saya jwb sakit..dan die tinggi kan lagi dose induce. Contraction dah bermula quite intense dan sakit. Saya dah rasa nak marah sebab sakit tapi kawal lagi pernafasan dan bernafas dgn baik. Suami tak kunjung tiba lagi. Hati dah mula gelisah. Azan Asar pun dah berkumandang, jadi nurse tlg ambil kan wuduk untuk saya, pakaikan telekung dan saya solat diatas katil itu juga. Solat saya mmg tak fokus dek kerana menahan contraction yang agak sakit.

Lepas solat, tak lama lepas tu nurse dtg naikkan dose induce up to 60%. YaAllah masa ni betul-betul sakitnya tak tertahan dan tak tertanggung. Seminit sekali contraction dtg menjengah. Saya memang dh tak boleh baring terlentang lagi, berpusing kiri dan kanan. Sekejap-sekejap nurse dtg betul kan ctg yg asyik error sebab saya tak boleh duduk diam. Nurse yang memantau saya siap berkata pada saya boleh ker ni bersalin normal ni? Saya tak membalas apa-apa sebab saya pun tak tahu apa yg difikirkannya.

 Suami pun sampai, rasa lega sgt dan terus jer saya menangis semahunya, saya mengadu dekat suami...sakit..sakit...suami mintak saya sabar, zikir..baca doa..saya cuba yg termampu saya dan akhirnya saya sedar sy tak boleh nk hadam lagi apa yg suami cakap. Tak ada kalam yg boleh saya lafaz masa tu hanya Allah..tu jer yg mampu terkeluar dr mulut saya.

 Nurse pesan untuk saya baring terlentang sbb ctg tu tak dpt detect klu sy mengiring. Saya redha dan pasrah baring terlentang. Ditahap ni saya dah menggigil dengan sgt kuat dek kerana saya menahan sakit semampu yg saya boleh. Nurse check bukaan saya dah 6cm. Dr Fatimah pun sampai. Dr masuk jer, tengok keadaan saya mcm tuh, Dr cakap dekat nurse off kan induce. Dr kata tak mengapa klu off pun tapi dia masih ada dlm badan. Dr Fatimah tanya saya kalau saya mahukan ubat tahan sakit. Tapi saya tak mampu nak fikir dan jawab. Saya dah meronta menggigil tahan sakit tapi saya masih mampu menahan diri saya dr menjerit-jerit sebab saya ingat pesan mama saya supaya kawal diri dari menjerit yg keterlaluan. Saya tak terima pun pelawaan Dr utk ambil sebarang ubat tahan sakit. Dr fatimah tanya lagi kalau-kalau saya ada rasa nak membuang terus jer saya jawab, Dr saya rasa nak berak. Dr kata, klu mcm tu Dr kena check. Lepas je Dr check Dr dan nurse terus kelam kabut pakai masak dan glove semua peralatan sebab kepala bayi dah mulai kelihatan. Dr kata, klu puan rasa nak meneran puan terus saja teran yer. Dr dah dalam posisi beliau, kaki saya pun sudah ready di gantung ditempat khas.

Contraction kuat menyerang terus saya push beberapa kali dan seketika lepas tu saya rasa ring of fire. Saya berhenti seketika menghela nafas dan menarik nafas tapi Dr cakap puan kena terus kan push sebab klu puan biarkan ianya semakin sakit. Jadi saya menarik nafas dan teran dengan panjang sekali.

Alhamdulillah..



Dr Fatimah terus letakkan baby atas dada saya, saya menangis, gembira terasa puas. Sakit yang meminta nyawa tadi seakan terus berlalu pergi. Terima kasih YaAllah. Nurse ambil bayi saya untuk dibersihkan dan timbang. Dari luar kedengaran nurse berceloteh dan menjerit semangat nya baby nih, ha...4.05kg 

tersenyum saya sendiri...

23/6/2017 tepat pukul 6.00pm









Bersalin kali ni rasanya lebih sakit dari yg dulu saya kira, cumanya masa lebih singkat dan cepat berbanding yang pertama dulu. Dr Fatimah beritahu saya yg beliau tak pun buat episotomy bermakna saya tak ada jahitan banyak diperlukan walau pun mcm tuh beliau saran kan utk jahit sedikit bahagian dalam sebab ade sedikit koyakkan atau melecet semasa keluarkan bayi tadi. dalam 2 jahitan sahaja. Kali ni proses mencuci dan membersih serta mengeluarkan uri semuanya dilakukan dalam keadaan saya berjaga. Tak seperti sblmnya saya terus diminta untuk taking nap sementara Dr menyiapkan semuanya. Sebelum Dr fatimah berlalu pergi, saya sempat menarik lengannya dan ucapkan Terima kasih..beliau tersenyum dan sedikit gelak dan membalas sama-sama pada saya. Suami saya menjengah anak kami untuk diqamat kan dan tahnik.

Tak lama selepas itu kedengaran suara Amanda menangis. sudah lapar dan haus barangkali. Nurse dtg kepada saya, ibu nak menyusu kan sekarang. Saya cakap sekejap lagi. Tak lama saya dengar lagi suara Amanda, lalu nurse terus bawa Amanda kepada saya untuk disusukan. Pada masa itu hanya tinggal saya seorag saja lagi yg selesai bersalin. sebelum itu, ada seorg pesakit yang bersalin juga namun sudah naik ke ward.

Saya kasihan melihat suami, pukul 7malam saya baru naik semula ke ward. waktu tu semua yg berpuasa memang sibuk menyiapkan persiapan buat berbuka. Suami kelihatan terpinga-pinga tak tahu mana yg harus diuruskan dahulu. Saya sememangnya langsung tak bertenaga, penat tak terkata. Sakitnya badan seperti jatuh dari atas bangunan. Hendak berdiri pun saya tak terdaya, suami memapah saya ke bilik air, memandikan saya usai sahaja saya diberikan minuman panas. Saya masih terketar-ketar. Selesai mandi, suami sapukan minyak pada badan dan kaki saya. Memakaikan saya stokin dan saya kembali baring di katil. Suami pun siap utk berbuka dan solat Maghrib. Sementara itu, anak perempuan saya di tempat kan di nursery. Dapat la saya berehat seketika melepaskan lelah berjuang sebentar tadi. 

Selepas Maghrib, Mama& ayah serta adik beradik dan juga Akid pun datang ke hospital utk melawat saya. Kelihatan sugul muka Akid merah sedikit bengkak. Saya diberitahu yang dia menangis sepanjang dari bangi ker puchong mencari kami. Sebab masa suami titipkan Akid pada adik saya dia masih tidur. Nasib baik la setibanya di rumah dia berjumpa adik bongsu saya yang dia cukup suka dan tak janggal utk bertegur sapa. Tak pernah berjauh dr Akid atau pun membiarkan dia berlama-lama bersama orang lain . Mungkin sebab itu dia berasa janggal. Mama pun pandai memujuk. Akid dah selesai mandi dan makan. Mama pun ada bawakan saya makanan pantang. Mama suapkan saya yang nampak sgt lemah. Namun entah kenapa saya tak berselera untuk makan dengan habis. Saya berkongsi bersama suami.  Habis waktu melawat keluarga saya pun pulang. Jadi bermalam la kami di hospital.

24/6/2017

Bangun saja pagi ini terasa sedikit bertenaga. Namun masih lemah. Seperti biasa, suami akan memandikan dan menyapukan minyak panas pd badan dan kaki serta menyiapkan saya. sementara menunggu Dr datang kami bersarapan dahulu. Selesai Dr Fatimah dtg melawat, kami pun boleh pulang ke rumah untuk meraikan hari raya keesokkanya. Tahun ini giliran beraya di Klang rumah mertua saya. Walaupun Raya kali ni tak boleh beraya kemana sangat tapi ianya cukup bermakna buat kami berempat.


Amanda Raisha Mikayla Binti Mohd Rozaidi 







cepat masa berlalu, Amanda dah pun 1year 4months




Buah hati ibu









till then






love,
Idza