Nuffnang Ads

Saturday 4 August 2012

Kuih tradisi kita semua ^_^

assalammualaikum

rasanya masih tak terlambat untuk saya mngucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam didunia nie, sedar tak sedar kan nk dekat 2 minggu kiter semua menjalani ibadah berpuasa.

apa yg pasti, dibulan puasa nie kita perlulah menahan diri dari makan dan minum serta menahan nafsu dari berbuat perkara yg dilarang. Bulan nie jugak adalah bulan ayah saya..(tetibe jew!!) mentang- mentang nama ayah Ramdan Bin Razak..(sy syg ayh sy...*_*). Betulkan memg bulan ayah sy pun tapi bukn ayh sy dtg bulan...ish...

bazar ramadhan memg sgt sinonim dgn bulan puasa kan. klu tak bulan puasa mn nak ade bazar. Pasar malam tue ader la kot. Dalam bulan puasa nie jugak la, dibazar ramadhan bermacam jenis juadah yg dijual. Tak ketinggalan kuih muih. Macam-macam kuih-muih yg sy jumpa, yg tak pernah jumpa sebelum nie pun ade. yg menjadi feveret sy pun ade juga!!



semua mesti kenal kuih nie kan, name kuih nie Beronok sagu. bukan seronok berlagu taw. Kuih nie merupakan salah satu kuih tradisi kita semua kan. kuih nie sgt best dan lembut sgt bila dikunyah dan berbiji oleh kerana sagunya dan tak lupa jugak terasa sedikit lemak dek kerana kelapa yg membaluti kuih Beronok sagu nie.



 alhamdulillah, baru jew merasa kuih nie semalam, nie pulak kuih Bingka ubi. kuih nie sedap sgt, lemak2 gitu. boleh jugak dibuat untuk minum petang bersama keluarga. dibulan puasa jgn la buat kuih nie untuk minum petang. itu sy tak tanggung ^_^. Di satu bahagian kuih nie berkerak. keraknya sedap dimakan bersama bahagian tengahnya, terasa betul ubinya.





kuih kat ats nie mesti ramai yg suka. kuih koci itulah gelaran nama kuih nie, kuih nie jugak merupakan kegemaran sy.  Asyik yg teramat la bila dpt mkn kuih nie. kuih nie agak melekit dan mempunyai inti kelapa manis. terkadang ada juga berwarna hijau, terkadang ada jugak yg berwarna ungu gelap.



kuih lapis nie kalau masa zaman kanak-kanak oren dulu, sy jumpa kuih nie mmg tak sah klu sy mkn kuih nie sehelai demi sehelai. sy akan bukak setiap satu  lapisan kuih nie untuk di makan. mesti ada jugak di kalangan korang semua yg buat mcm nie kan.Jangan tak ngaku!! malu la tew!.. tapi sekarang tak sempat dh nk kopek kuih nie sehelai-sehelai memg tak sempat dh terus ke dalam mulut jer.


terus jew rasa bahagia....=)



Tepung Pelita nie mmg amat mempersonakan. dalam keluarga sy kami gelarkan kuih nie "kuih sampan". mungkin sebab daun pisang yg membentuk segi empat tue mungkin. sy pun tak tau kenapa gelaran tue yg dapat pada kuih Tepung Pelita nie. dibawah lapisan putih yg diats tue, terlapat  lagi satu lapisan yg berwarna hijau dan sedikit manis. dibulan puasa nie, kuih nie jugak mmg selalu lah akan muncul dibazar-bazar ramadhan.



sy tak berapa pasti tentang asal usul kuih nie..(mcm profesor kuih yg tak hbs blaja jew!) Tapi nama kuih nie kuih Benderang.  sy tak pasti kat bazar senang tak jumpa kuih nie, tapi setahu sy...jarang sekali, mungkin hari raya boleh la bertemu dgn kuih Benderang nie. seingat sy di pasar malam biasa mungkin ada dijual. Peniaga yg menjual kuih nie biasanya mengoreng kuih nie kat situ jugak!



nie lagi satu kuih yg teramat sy suka. kuih nie best sgt. klu sy dpt balang tue mmg sy lari jauh-jauh makan sorang-sorang kat dalam semak. bila dh hbs baru balik rumah sambil bawak balang kosong dan terus nyanyi lagu Ahmad jais 'usah ditanya mengapa ku berdua'...

Nie la kuih Tiram....

kuih nie rangup dan sgt boleh terlena kalau mkn kuih nie. diluar kuih nie telah disira dgn gula.




nampak ayu gitu kan kuih nie, comel-comel gitu kan..sesuai pun dgn name kuih nie Seri Ayu. kuih nie lembut sgt. bila makan kekadang pun bolh confius samada span ker kuih Seri Ayu. kuih nie rasanya manis tak manis sgt, sedang-sedang elok jer biasanya. yg warna putih tue adalah kelapa.




rindu sgt dgn kuih nie, tak tau la mana sy boleh dapatkan kuih nie. kuih nie namanya Tat kelapa. seingat sy kuih nie mempunyai inti kelapa manis didalamnya..( lama sgt tak jumpa kuih nie, terlupa sudah!!)

banyak lagi kuih-kuih lain yg kita bolah jumpa kat bazar ramadhan. tak habis kalau sy nk cerita kat sini. mahu 4 hari 4 malam nak cerita. sedap kuih-muih tradisi nie, walau mcm mane pun kuih nie tak boleh la dimakan dgn kuantiti yg banyak dan selalu bagi menjaga kesihatan kita semua.

















^____________________^






jumpa lagi.





P/s



terlupa pulak, sy dh lama jugak tak jumpa kuih nie, teringin sangat nak makan kuih nie
nama kuih nie Masala Vadai.
sy akan memulakan misi untuk mencari kuih nie di bazar ramadhan nanti...











selamat berbuka..








P/s yg kedua : semua gambar adalah merupakan khazanah Uncle Google dan ehsan Uncle Google.