Nuffnang Ads

Thursday 15 August 2013

berlalu ramadhan syawal pula menjelma


 assalamualaikum

raya..raya..dan raya lagi...itu adalah tag line untuk tahun nie..bahhahah...jgn nak ketawa sgt ok..selamat hari raya aidilfitri untuk semua umat islam didunia.

bila syawal dh menjelma maknanya ramdhan telah pun berlalu. entah jumpa lagi ke tak ntah ramdhan tahun depan. Bulan yang penuh barakah...serasa tenang jer di bulan puasa.*feeling ^_^.

sedar tak sedar rupa rupanya berbulan blog tak berhupdate.nyorok-nyorok jer hupdate blog akibat keseganan yg mendewa.


sehari sebelum hari raya, sy dan keluarga dan pun bertolak pulang ke kampung halaman tercinta..yeah!! untuk pertama-tama kalinya.  selalunya mama ayah mesti balik malam raya. So, ape lagi kan gembira bukan kepalang lagi la.  lama juga tak pulang ke kampung, tengok rumah wan dan atok terchenta, t.malim wonderful place *_*

sampai jer kat rumah wan kan. bersiap sedia untuk misi mengemas bersama adik-adik.satu rumah kena clearkan. dah settle rumah misi kedua pula bermula memasak..nie misi wajib di hari raya sbgi persediaan untuk raya keesokan harinya. lemang dan rendang daging menjadi pilihan hati.



lemang home made by wan dan atok


rendang daging oleh saya dan wani

sambil masak-masak sembang sembang dengan wan, boleh pulak wan saya serkap jarang katanya raya tak jadi. lepas jer berbuka untuk hari terakhir puasa, solat mahgrib gigih duduk depan tv tunggu pengumuman raya. melonjak sampai keatap, sangkaan wan meleset sama sekali sebabnyer raya menjadi esoknye.


untuk raya pertama, semua ke masjid pada pagi raya untuk solat sunat. balik jer dari masjid. belum pun bukak telekung berpusu kanak2 datang kerumah. lepas jer beberapa group kanak-kanak beraya, kami sekeluarga pun berpusu-pusu jugak tutup pintu semua keluar beraya pulak. kalau tak confirmla sampai kemalam tak henti-henti org dtg beraya. dengan kuasa bulan dan bintang kami secara deras terus ker kalumpang, kuala kubu baru dan terus ke sungai buaya.



mommy


Wan @ nenda tersayang ^_^ dengan ayu



ayah, mama , wani


orang kuat wan @ nenda




atok saya , wani



tahun  nie bertuah sungguh saya, duit raya masih dapat lagi hokay!! segan pun ader jugak.  mna tak nyer..sy nie dh boleh jadi tokoh ibu dan bapa dah masih dapat duit raya..rezeki...kengkawan sy masing-masing dah berkeluarga diorg yang hulur duit raya..tapi saya nie versi kanak-kanak oren..ok pe? kan...



hakim





untuk raya tahun nie..adik beradik saya memg tak cukup korum. sedih jer. syafiq tak dapat nak raya sama. tak dapat cuti. beraya sendiri kat hospital..sian my big brother. bercuti raya pun hari raya ke 4, jadi jumpa syafiq kat negeri sembilan sajalah..jadilah, dari tak cuti langsung.

pada petang raya ke2 sy dan keluarga bertolak ke negeri sembilan. beraya bersama wan kat sana pulak. kalau tak..kecik hati wan sy tue. 







syafiq




syafiq , mama








keesokkan harinya, kami semua pun balik ker puchong, nasib jalan raya masih terkawal.kalau tak boleh keras punggung duk dalam kereta menatap jammed. tak kuasa nyah!!

masa untuk beraya di rumah sendiri.






raya-raya pun sempat ngajak berjalan..

syok jugak..lengang jer mall





-mission completed-


till then,


^_______________^

Thursday 21 March 2013

mula bertatih-tatih dan belajar sendiri *_*

assalammualaikum

genap ari nie kan...kan...cukup 2 bulan sy menjalani latihan industri...ini adalah syurga! alhamdulillah...
semestinya kat tempat sy berlatihan nie, sy ader seorang sifu..yang selalu sedia ada untuk ajar kami...eh..jap kenapa kami...

memperkenalkan kami adalah kumpulan sailormoon....

bhaahaha...

(lama kot tak tgk sailormoon)

korang dulu mesti selalu tengok jugak kan...

tak nak ngaku....^_^

nyampah...

ape nie..dh tersasar..kembali ke pangkal jalan...

 dekat company yang sy berlatihan nie, bukan sy sorang2 jer taw, ada afiq, ani dan mas. diorang semua kwn yg turut sama dapat berlatihan kat opis nie. tapi sy dan afiq jer depart yang sama kat accounting + sikit admin ( boleh kan cam tue)..ani di deprt tax dan mas di depart audit..semuanya dibahagikan la kan..jadi, nak cewiter kat sini, sy dan afiq di tunjur ajarin ku sifu oleh fara hana yang comel dan awesome. alhamdulillah byk ilmu telah diwarisi walau pun kekadang byk buat silap..sy lah..sy letew...org lain tak taw ;) (ajar tak paham2..)

tetapi sedih sangat, sebab tanpa kuduga tanpa kusangka hana dah nak resign ! siyes weh...hoi orang kampung, kami semua adalah cuak...gementar pun ader, takut pun ader memula taw, tapi..hati kena bertabah dan kental..belajar rerajin dengan hana. prepare ape yang patut...salin dan tulis aper yang diajar.


hana n me yaw!

tak lama kemudian, datang la seorang insan yang juga ( bukan berlatihan industri..) bekerja dengan kami...ana...jgn konpius...gambar diatas adalah hana, yang baru masuk nie ana ( tak tau kenapa nama nak dekat sama..pelanduk dua tidak serupa)  berasa la lega sedikit walaupun neves masih terasa didada.



ana with me..



ani !!



kat opis tak sah tak camwhore..bhaha..(ketawakan diri sendiwi)


me, ana, nurul n aini


dah minggu ke bape ntah nie berlatihan


lepas jer hana dah resign, dalam 2/3 mggu dah..semua dlm keadaan sikit terkawal dan byk kelam kabut. nasib tak tertunggang terbalik accounting depart kami kerja kan. kalau accounting depart yg keje kan kami cam mane??

serba serbi belum berapa nak mahir. tapi kami belajar dan rujuk pada yang ada..sob..sob..cuba bertatih-tatih dan mengesot taw kat opis tue. 


takde la sampai cenggitu..terkezut bos nanti.



dan jangan tak tahu, sy dan afiq dah mula keluar untuk audit. neves lagi. ( entry nie byk neves la..sepatutnya kena tukar tajuk..). 



muka di pagi hari yang agak awal untuk hari ketiga nak keluar audit..yeah!

alhamdulillah, sy keluar audit bukan sensorang..klu sensorang dah lama sy larikan diri atau pun pulang ke rumah terus dan nangis-nangis kat mama..sy ada Mandy yang baik dan kelakar!! dia yang bwk sy bersama untuk audit. penyabar orgnya mengajar sy yang byk sgt soalan dan serba serbi tak taw nie. sy budak baru belajar, banyak tanya, jgn la marah..(pantun takde kerat).

Mandy tunjuk kan sy satu persatu, alhamdulillah..sy dh boleh paham sikit dan dah nmpak step-step dan proses. sy senang dan sgt selesa dengan Mandy, gadis chinese yang proper dan santun serta punya gelak yang comel sekali..rasa mcm nak terus belajar audit dengan dia.menghormati org lain, serius waktu bekerja. dan suka gosip gal dengan sy. sharing is caring lorh..*_*


sy harap keadaan selesa nie akn berterusan untuk tempoh yg lama. semoga segalanya di permudahkan olehNya.




jumpa lagi..






^_^










p/s kenapa la sy nie seakan baik di entry ini, berlatihan industri itu = internship..(bahasa omputih)










Sunday 20 January 2013

Hari yang berakhir dan permulaan hari yang baru ^_^


Assalammualaikum


Pagi-pagi mcm nie tetiba mcm membuai jiwa dan perasaan pula..ahaks..sambil-sambil denga lagu favorate (eja pun salah) 4 dara..noraniza idris..lalala..lelebih pulak kan..ade jugak yg menari zapin kang..

ok la..sekarang nie memg dah perasan sgt dah..terjarang la sangat update blog.  yer la kan bergelar pelajar begitu la ghupanya..(alasan...!) melihat saja tajuk diatas cam tajuk novel jer..gimik lebih....bukan apa sebenarnya nak bagi ucapan sepatah dua kata tapi takda sape pulak yg jemput untk merasmikan apa-apa majlis...urmm bajet diva ker..*_*


Alhamdulillah...dengan berakhirnya sy menjawab kertas soalan untuk peperiksaan Intergrated Case Study, maka tamatlah riwayat kesan degil...eh..bukan, maka berakhirlah sesi pembelajaran masuk kelas lecture sy di Universiti Malaya yeay...rase bahagia walau pun keputusan tak keluar lagi kan..sy berharap agar semuanya baik-baik dan dipermudahkan olehNya dan satu lagi perasaan bercampur baur pun ada jugak, yerla kan batch sy telah lama pun tamat..sob..sob...(main lebih..tue la jadinya..)sementara sy perlu membuat perlanjutan walau mcm mane pun akhirnya tamat jugak..bersyukur ke hadratnya....

jadi sebagai permulaan yang baru...isnin nie sy dah mula untuk praktikal..alhamdulillah tempat pun dah dapat...semua proses serba lancar..syarikat yang sy nak praktikal nie terletak kat kawasan Pasar Seni...dekat dengan kemudahan LRT..untuk julung-julung kalinya sy bermula untuk bekerja a.k.a praktikal...syarikat nie menyediakan perkhidmatan financial...mcm audit, tax n accounting....sy masih tak tau sy ditempatkan di bahagian mana. harap-harap selama 6 bulan tempoh praktikal nie segalanya mudah tanpa masalah yang "complicated"...

semuanya keranaNya....amin..amin..amin....



jumpa lagi...






^_^

me..