Nuffnang Ads

Wednesday 10 October 2018

Pengalaman bersalin kan anak kedua kami

Assalammualaikum

hye guys....sihat ker semua? hopefully semuanya ok jer kan. Untuk entry kali ni tajuk jer pun dah jelas untuk saya kongsikan pengalaman bersalin anak kedua kami. Kata orang setiap kandungan berbeza-beza..yes! its totally correct. Mungkin jugak sebab di perngaruhi banyak faktor. Umur si ibu, jantina kandungan dan persekitaran. Apapun sokongan dan tolak ansur dari orang sekeliling amatlah dihargai.....tapi....tapikan si ibu jangan la pulak mengambil kesempatan atau kata mudahnya mengada sangat!!! kita saling memahami keadaan masing-masing lebih mudah aman dan sejahtera emosi dan perasaan masing-masing ye dakk..


Memang setiap kali mengandung pun saya memang siap sedia bukak buku merah di klinik Puchong Bt14, cuma bersiap sedia untuk apa-apa keadaan kemudian. seperti biasa datang temujanji untuk pemeriksaan buat mgtt test dan sebagainya. Alhamdulillah semua ok dan normal walaupun saya mempunyai keturunan kencing manis dan darah tinggi.

kandungan menginjak ke 24 minggu merupakan sesi yg terakhir saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. sebenarnya nak teruskan sampai 28 minggu ker 30 ker kemudian saya sambung di hospital Annur tempat yang sama saya bersalin kan Akid anak sulong saya. Disebabkan masa tu saya dah tertinggal temujanji, saya hubungi pihak klinik untuk tetapkan semula tak pernah dapat. Jadi saya dan suami terus saja menyambung pemeriksaan di klinik Annur Bangi. Dan seperti biasa sekali lagi Dr Khamsiah Muda yang memang selamanya menjadi pilihan saya. Setelah beberapa kali pemeriksaan saya diberitahu bahawa Dr Kham tidak lagi menyambut bayi kelahiran hanya bertugas di klinik sahaja. Saya dah risau seribu bahasa (ada ker perkataan macam ni ;)) berulang kali saya cakap dan tanya dengan Dr Kham...kenapa? kenapa? hahaha emosi betul..Dr kham sudah tidak lagi menyambung perkhidmatan di hospital Annur dan bulan 5 itu merupakan bulan terakhir untuk beliau.
Saya risau betul tak tahu kenapa. Saya memeng berharap betul dan percaya pada Dr Kham sbb tak pernah pun bersalin kat tempat lain dan dengan Dr lain...Drama betul kan...hahaha


Tarikh bersalin saya adalah 4/7/2017 hariraya weh..memang tak raya la gamaknya..klu dapat pun seminggu je raya terus bersalin. Sebab tahun lepas raya jatuh pada tarikh 25/6/2017. Yer memang masa ni bulan puasa. Memang dihujung kandungan saya memang tak mampu berpuasa. Nak pitam pening alahan menjadi-jadi dan menggigil. Jadi mmg tak berpuasa la saya.


23/5/2017

Kandungan saya pada minggu ini telah memasuki 34 minggu. Seperti biasa bangun awal pagi bersiap dengan en suami dan AbangLong Akid teman ibu pegi temujanji. Jumpa Dr kham berat masa tu tak naik sebab temujanji terakhir Dr dah warning jangan naik berat lebih dari 500g sebab masa tu berat saya 73.8kg dan saya punya history melahirkan 3.7kg dannnnn tak mustahil juga kali ini baby mencapai berat yang sama atau lebih..itu mmg boleh terjadi. Itu apa yang diberitahu dan jangkaan Dr kham.Terus berat tak naik..kecut punya pasal *_* kihkih  Itu yang menyebabkan saya memang akan pilih Dr Kham sbb dia sangat teliti, berpengalaman dan superb dalam jangkaan dan dia juga superb in natural birth. Masa minggu ni berat baby 2.6kg.

Masa scan dr tercari-cari kepala untuk dapat kan lilitan kepala baby tapi tak jumpa sebab sepatutnya kedudukkan kepala bayi dibawah. Bila sahaja Dr Kham roll kan scan pada bahagian atas nampak kepala..baby dah pusing balik mean songsang!!! saya dah takut cuak risau. Yer memang betul baby akan berpusing-pusing dan kerap bergerak tapi it shouldn't happened in this stage. Jarang-jarang berlaku. Once songsang memang akan terus discuss untuk czer. Tapi Dr kham nasihat jgn takut berdoa banyak-banyak...Dr kham advise saya untuk amalkan doa bayi songsang dan nasihatkan saya solat berdiri macam biasa waktu sujud lamakan sujud dan baca doa bayi songsang ni.

Kemudian Dr set kan temujanji minggu depan. Saya dah bermuram durja kelu seribu bahasa. Saya pandang en suami..rasa nak menangis. Siap tanya Dr kham kalau tak pusing jugak mcm mana Dr?? Dr pegang tangan saya...dia kata jgn fikir yg negative fikir positif sahaja...insyaAllah..kita tgk minggu depan mcm mana. Jadi saya amalkan baca doa bayi songsang tu memang tak lekang sampai sudahnya saya hafal..mohon sangat-sangat dengan Allah...sebab saya betul-betul takut..dan saya bersujud lama sambil baca doa tu jugak. Memang setiap kali solat saya ambil masa sikit dalam sujud.

Pada 8/6 saya ada temujanji lagi dengan Dr. Macam biasa, siap pagi-pagi dan terus ke hospital. Dalam hati memang berdebar sgt. Mohon sangat bayi dlm kandungan saya berpusing semula ke bawah dlm keadaan normal dan baik. Setelah nama saya di panggi, berjumpa Dr, Dr terus suruh baring untuk scan. Alhamdulillah...bayi saya dah berpusing ke bawah dan masa ni bayi saya dah mencapai berat 3.0kg.  Rasa syukur dan bahagia yg tak terhingga. lepas tu Dr tgk HB sy agak rendah sedikit. Jadi Dr kham bekal kan saya zink copper untuk saya consume dan set kan lagi temujanji seterusnya pada 15/6.

15/6 Jumpa Dr kham mcm biasa. Check HB alhamdulillah dah normal. Dr risau perkara lain tapi dia cakap mmg ibu yg tak cukup consume ubat hahahahah ^_^ check pada minggu ni berat bayi 3.4kg. ini lagi satu hal yang membimbang kan. Minggu ni adalah minggu ke 37 kandungan. Berat saya pun naik sikit 75.3kg sudah. Setiap kali scan Dr Kham selalu cakap "she's very feminin". Saya mengiakan jer. Sebab tak paham sgt tgk scan tu melainkan masa scan tu Dr inform dan tunjuk..tulang peha, tulang belakang, kepala, jari dia and so on. selesai pd hari tu, Dr set kan temujanji yang seterusnya pada 22/6.

22/6/2017

Bangun pagi bersiap macam biasa terus ke Annur Bangi. Jumpa Dr kham terus Dr scan. Dari screen komputer yang tergantung diatas mmg disediakan untuk ibu sama-sama tengok keadaan bayi semasa scan. Bila Dr mula scan saya terus terpandang berat bayi..its running to 4.0x kg. Dr pun semacam terkejut. Tapi dia tak pasti dia cakap sebab bayi dah besar dan dia tk dpt nak tentukan exact weight bayi. Tapi She's pretty sure, look like 50-50 bayi saya dah pun 4kg. Masa catatan dalam rekod pun Dr letakkan question mark on baby weight. Sebelum ni lagi saya dah diberitahu yang Dr Kham no longer sambut kelahiran. Beliau hanya bertugas di klinik sampai akhir julai tak silap saya. Dr Kham dah tak jadi specialist dekat Annur Bangi sebab masa tu beliau dah buka Andorra Hospital dekat Seri kembangan which is near by Puchong. Keadaan bayi semua ok, nampak sihat. Air ketuban semua cukup. Then Dr kham tanya selepas dia explain yang dia plan kan dan wish utk saya deliver normal since yg first saya deliver normal juga, bila ibu nak bersalin hari ini ker esok?? saya terkedu tak tahu nak jwb apa, terperanjat mungkin.

kemudian Dr kham cakap, takpa kita check bukaan dulu. Saya diminta baring..Alhamdulillah dah ada bukaan 2cm. Jadi Dr stimulate utk trigger bukaan tuh. Sakit senak tak terperi. Kemudian saya boleh balik dan Dr pesan sekiranya sakit kuat atau air ketuban pecah terus dtg hospital hari ni jugak. Kalau tak ada esok pagi saya kena dtg hospital utk warded plan induce utk bersalin. Dr terus hand over saya pada Dr Fatimah yang juga Dr kegemaran ramai..lembut sgt dan keibuan betul Dr Fatimah. Saya bersalam dgn Dr Fatimah. Sebab itu baru pertama kali saya berjumpa Dr Fatimah, kegusaran dan takut terus kunjung laju tak semena-mena saya terus menangis risau. Dr pujuk saya, ibu jangan risau fikir yang baik-baik. Ibu in a good hand Dr kham cakap pada saya. Mungkin sebab dlm fikiran saya, saya memang rely on Dr kham..she's superb, tak teragak-agak. Jelas dan pasti dlm keadaan dan immediate respond. Mungkin sebab tu saya percaya pd Dr kham. Dr kham pun wipes my tears lepas tu beliau pesan berdoa banyak-banyak dan mintak maaf pd suami. Saya tanya Dr Kham banyak kali, boleh ker saya bersalin normal. Dr kham cakap, ibu boleh..u can do it..sblm ni pun ibu dah ade history deliver 3.7kg baby. Ibu boleh !.

Mild contraction dah mula terasa, tapi saya boleh tahan sebab rasa mild sgt. Darah dah mula turun sebab Dr dah stimulate dan seluk tadi. Hari ni settle kan semua benda sikit-sikit yang tak settle lagi. Perkakas lain semua dah siap dr awal. Jadi kami terus ke rumah Mama & Ayah. Bagi tahu diorg keadaaan semua. Mild contraction tu berterusan mcm biasa dan malam tu  saya tidur lena even contraction keep going.

23/6/2017

Hari ni merupakan hari kedua terakhir puasa, lepas sahur semua solat subuh. Saya terus ke hospital bersama suami dan Akid. Kemudian mama & ayah pun sampai bersama adik beradik saya. Diorg nak ke bangi sambil tu hendak mencari persediaan hari raya. lepas saya selesai daftar saya terus naik ke ward. lebih kurang pukul 10 pagi masa tu. Saya di minta tukar baju, baring dan buat ctg. Jantung bayi semua normal. Nurse pun check bukaan ianya 3~4cm mcm tu. Jadi kami menunggu sementara saya dalam waiting list utk dapat ward single. Sakit masih tak kuat lagi. saya masih relaks even berdebar bila memikirkan akan di induce sekejap nanti. Rasa nak terkeluar hati ni gementar tak terkata.



My always baby





Pukul 1.00 tghari Akid pun dah tidur. Masa ni saya dah dpt bilik single. Sekarang nih saya masih menunggu untuk di induce. Tepat pukul 3.00 petang nurse datang ke bilik minta saya tukar baju LR dan terus turun ke LR. Dekat LR tak boleh nak bawa Akid bersama. sementara Akid tidur suami menunggu dekat ward untuk pass kan Akid pd Adik saya untuk bawa balik dulu ke rumah mama& ayah. Saya pun turun ke LR seorang diri dan pesan pd suami nanti adik saya dan sampai segera ke LR.

Macam biasa, saya on drip di tangan dan sebelum tu, saya di beri ubat berak untuk bersihkan usus. sejurus lepas tu saya terus saja membuang air besar dan kecil. Lepas jer saya on drip induce pun terus on sekali. Bermula la peperangan yang sebenar. 1 jam yg pertama sakit dah bermula and its intense tapi Alhamdulillah saya masih bertahan dan tak menangis cuma kawal pernafasan dan zikir sebanyak boleh. Tak lama tu nurse dtg tanya sakit tak..saya jwb sakit..dan die tinggi kan lagi dose induce. Contraction dah bermula quite intense dan sakit. Saya dah rasa nak marah sebab sakit tapi kawal lagi pernafasan dan bernafas dgn baik. Suami tak kunjung tiba lagi. Hati dah mula gelisah. Azan Asar pun dah berkumandang, jadi nurse tlg ambil kan wuduk untuk saya, pakaikan telekung dan saya solat diatas katil itu juga. Solat saya mmg tak fokus dek kerana menahan contraction yang agak sakit.

Lepas solat, tak lama lepas tu nurse dtg naikkan dose induce up to 60%. YaAllah masa ni betul-betul sakitnya tak tertahan dan tak tertanggung. Seminit sekali contraction dtg menjengah. Saya memang dh tak boleh baring terlentang lagi, berpusing kiri dan kanan. Sekejap-sekejap nurse dtg betul kan ctg yg asyik error sebab saya tak boleh duduk diam. Nurse yang memantau saya siap berkata pada saya boleh ker ni bersalin normal ni? Saya tak membalas apa-apa sebab saya pun tak tahu apa yg difikirkannya.

 Suami pun sampai, rasa lega sgt dan terus jer saya menangis semahunya, saya mengadu dekat suami...sakit..sakit...suami mintak saya sabar, zikir..baca doa..saya cuba yg termampu saya dan akhirnya saya sedar sy tak boleh nk hadam lagi apa yg suami cakap. Tak ada kalam yg boleh saya lafaz masa tu hanya Allah..tu jer yg mampu terkeluar dr mulut saya.

 Nurse pesan untuk saya baring terlentang sbb ctg tu tak dpt detect klu sy mengiring. Saya redha dan pasrah baring terlentang. Ditahap ni saya dah menggigil dengan sgt kuat dek kerana saya menahan sakit semampu yg saya boleh. Nurse check bukaan saya dah 6cm. Dr Fatimah pun sampai. Dr masuk jer, tengok keadaan saya mcm tuh, Dr cakap dekat nurse off kan induce. Dr kata tak mengapa klu off pun tapi dia masih ada dlm badan. Dr Fatimah tanya saya kalau saya mahukan ubat tahan sakit. Tapi saya tak mampu nak fikir dan jawab. Saya dah meronta menggigil tahan sakit tapi saya masih mampu menahan diri saya dr menjerit-jerit sebab saya ingat pesan mama saya supaya kawal diri dari menjerit yg keterlaluan. Saya tak terima pun pelawaan Dr utk ambil sebarang ubat tahan sakit. Dr fatimah tanya lagi kalau-kalau saya ada rasa nak membuang terus jer saya jawab, Dr saya rasa nak berak. Dr kata, klu mcm tu Dr kena check. Lepas je Dr check Dr dan nurse terus kelam kabut pakai masak dan glove semua peralatan sebab kepala bayi dah mulai kelihatan. Dr kata, klu puan rasa nak meneran puan terus saja teran yer. Dr dah dalam posisi beliau, kaki saya pun sudah ready di gantung ditempat khas.

Contraction kuat menyerang terus saya push beberapa kali dan seketika lepas tu saya rasa ring of fire. Saya berhenti seketika menghela nafas dan menarik nafas tapi Dr cakap puan kena terus kan push sebab klu puan biarkan ianya semakin sakit. Jadi saya menarik nafas dan teran dengan panjang sekali.

Alhamdulillah..



Dr Fatimah terus letakkan baby atas dada saya, saya menangis, gembira terasa puas. Sakit yang meminta nyawa tadi seakan terus berlalu pergi. Terima kasih YaAllah. Nurse ambil bayi saya untuk dibersihkan dan timbang. Dari luar kedengaran nurse berceloteh dan menjerit semangat nya baby nih, ha...4.05kg 

tersenyum saya sendiri...

23/6/2017 tepat pukul 6.00pm









Bersalin kali ni rasanya lebih sakit dari yg dulu saya kira, cumanya masa lebih singkat dan cepat berbanding yang pertama dulu. Dr Fatimah beritahu saya yg beliau tak pun buat episotomy bermakna saya tak ada jahitan banyak diperlukan walau pun mcm tuh beliau saran kan utk jahit sedikit bahagian dalam sebab ade sedikit koyakkan atau melecet semasa keluarkan bayi tadi. dalam 2 jahitan sahaja. Kali ni proses mencuci dan membersih serta mengeluarkan uri semuanya dilakukan dalam keadaan saya berjaga. Tak seperti sblmnya saya terus diminta untuk taking nap sementara Dr menyiapkan semuanya. Sebelum Dr fatimah berlalu pergi, saya sempat menarik lengannya dan ucapkan Terima kasih..beliau tersenyum dan sedikit gelak dan membalas sama-sama pada saya. Suami saya menjengah anak kami untuk diqamat kan dan tahnik.

Tak lama selepas itu kedengaran suara Amanda menangis. sudah lapar dan haus barangkali. Nurse dtg kepada saya, ibu nak menyusu kan sekarang. Saya cakap sekejap lagi. Tak lama saya dengar lagi suara Amanda, lalu nurse terus bawa Amanda kepada saya untuk disusukan. Pada masa itu hanya tinggal saya seorag saja lagi yg selesai bersalin. sebelum itu, ada seorg pesakit yang bersalin juga namun sudah naik ke ward.

Saya kasihan melihat suami, pukul 7malam saya baru naik semula ke ward. waktu tu semua yg berpuasa memang sibuk menyiapkan persiapan buat berbuka. Suami kelihatan terpinga-pinga tak tahu mana yg harus diuruskan dahulu. Saya sememangnya langsung tak bertenaga, penat tak terkata. Sakitnya badan seperti jatuh dari atas bangunan. Hendak berdiri pun saya tak terdaya, suami memapah saya ke bilik air, memandikan saya usai sahaja saya diberikan minuman panas. Saya masih terketar-ketar. Selesai mandi, suami sapukan minyak pada badan dan kaki saya. Memakaikan saya stokin dan saya kembali baring di katil. Suami pun siap utk berbuka dan solat Maghrib. Sementara itu, anak perempuan saya di tempat kan di nursery. Dapat la saya berehat seketika melepaskan lelah berjuang sebentar tadi. 

Selepas Maghrib, Mama& ayah serta adik beradik dan juga Akid pun datang ke hospital utk melawat saya. Kelihatan sugul muka Akid merah sedikit bengkak. Saya diberitahu yang dia menangis sepanjang dari bangi ker puchong mencari kami. Sebab masa suami titipkan Akid pada adik saya dia masih tidur. Nasib baik la setibanya di rumah dia berjumpa adik bongsu saya yang dia cukup suka dan tak janggal utk bertegur sapa. Tak pernah berjauh dr Akid atau pun membiarkan dia berlama-lama bersama orang lain . Mungkin sebab itu dia berasa janggal. Mama pun pandai memujuk. Akid dah selesai mandi dan makan. Mama pun ada bawakan saya makanan pantang. Mama suapkan saya yang nampak sgt lemah. Namun entah kenapa saya tak berselera untuk makan dengan habis. Saya berkongsi bersama suami.  Habis waktu melawat keluarga saya pun pulang. Jadi bermalam la kami di hospital.

24/6/2017

Bangun saja pagi ini terasa sedikit bertenaga. Namun masih lemah. Seperti biasa, suami akan memandikan dan menyapukan minyak panas pd badan dan kaki serta menyiapkan saya. sementara menunggu Dr datang kami bersarapan dahulu. Selesai Dr Fatimah dtg melawat, kami pun boleh pulang ke rumah untuk meraikan hari raya keesokkanya. Tahun ini giliran beraya di Klang rumah mertua saya. Walaupun Raya kali ni tak boleh beraya kemana sangat tapi ianya cukup bermakna buat kami berempat.


Amanda Raisha Mikayla Binti Mohd Rozaidi 







cepat masa berlalu, Amanda dah pun 1year 4months




Buah hati ibu









till then






love,
Idza














Friday 8 December 2017

Bersalin untuk pertama kalinya

Assalammualaikum

Hari ini bertarikh 8/12/17..lama sangat blog terbiar usang berhabuk tak berupdate. Bayangkan lah last entry 2015. Mood update ke lautan dalam perginya. Semenjak punya anak-anak kecik ni masa sgt limited. Penulisan pun sedikit serius hahaha..

12/12 yg akan dtg ni genap la anak sulong lelaki saya 2 tahun. Jadi terfikir untuk abadikan kenangan bersalinkan anak sulong saya hampir 2 tahun lepas tu disini, yerla buat tatapan anak-anak nanti.  Biasanya org lain akan terus update di blog 2 3 hari lepas deliver atau seminggu dua sebulan mungkin.  Saya hampir 2 tahun kemudian baru nak cerita hahaha. Biarpun mcm tu, kenangan tu mmg terpahat segar dlm ingatan sebab julong kalinya saya bergelar ibu dan ianya pengalaman pertama saya bersalin.

Bagi seorang wanita yg bergelar ibu, mesti lah itu kenangan terindah dan termanis dlm hidup saat kita dpt berjumpa dgn anak yg kita kendong kehulu kehilir hampir 10 bulan lamanya.

Seperti biasa sepanjang mengandung mmg rutin la untuk utk saya sama mcm ibu-ibu kt luar sana dtg check up kat klinik kesihatan (bagi yg mmg daftar utk check up kat kk).  Diberi tarikh due saya adalah 14/12/15 dan bulan 3 merupakan bulan terakhir miss period dtg menjengah.

11/12/15 Jumaat

Hari jumaat ni merupakan hari terakhir saya bekerja dlm minggu tersebut. Dan hari jumaat ni juga merupakan hari terakhir kandungan saya tamat 39 minggu. Saya mmg tak plan dan tak apply pun utk cuti awal sbb masa tu passion untk bekerja sgt membuak-buak huhu..dan hal ni dah maklum pun pada majikan saya dan sudah dibincangkan, segala persiapan untuk menggantikan saya nanti dah dipersiap.

Jadi tak sangka juga sbb hari jumaat ni jadi hari terakhir saya bekerja sebelum cuti bersalin bermula.

heaven...^_^

Saya bekerja mcm biasa. Masih tak ada pun tanda-tanda utk bersalin cumanya false contraction yg tak kerap tu mmg selalu terasa.  Balik keje mcm biasa tunggu en suami dtg ambil. Balik rumah mcm biasa dan en suami ajak sy ke rumah mama dan ayah utk hujung minggu tu. Lepas magrib kemas-kemas dan terus ke rumah mama dan ayah yg tak sampi 5 minit pun dari rumah kami..bhabha

Jadi mmg plan utk lepak rumah mama dan ayah jer hujung minggu tu.

Malam tu lbh kurg pukul 11, en suami ajak tgk tv. Dia mmg hantu movie. Ayah tak ada kt rumah mlm tu bekerja. Mama pun dah masuk tidur. Jadi saya temankan la en suami nak tgk movie. Cari-cari remote boleh pulak hilang tak jumpa. Masa tu tak semena-mena sy rasa sakit kuat..tapi saya ignorekan saja sbb dlm kepala saya mmg false contraction jer..bhabhabha

lagi pun saya bolh tahan lagi walau pun sakit contraction tu serius semacam sgt. Saya siap menonggeng-nonggeng tolong carikan remote tv. Finally en suami jumpa pun remote.  Melayan la kami movie cerita Rambo mlm tu.

Duduk kt sofa berdua, tak sampai setengah jam, tiba-tiba saya rasa mcm ada benda yg keluar dekat bawah, saya pun raba. Saya dah turun darah..en suami dah gelabah..nak ke hospital ker yang??  saya cakap, saya tanya mama dulu..sebab sakit dalam 10 minit sekali lbh kurang masa tu. Lagi pun saya tak berkuasa sgt nak duduk kt hospital lama-lama...(jgn diikut perangai ni!!)

Naik atas bagi tahu mama. Mama cakap esok pagi baru pergi kalau masih boleh tahan. sebab ank sulong lambat biasanya, tapi klu mmg dh kuat sakitnya dan saya tk tahan boleh la ke hospital.

en suami terus balik rumah ambil bag yg mmg dh prepare untk ke hospital. Terus tutup tv tak jadi langsung nak tgk movie...kahkah

sbb mama pesan jgn tido lewat, rehat sebab esok mesti nk bersalin guna tenaga banyak. Jadi saya dan en suami beransur la masuk bilik rehat.

12/12/15 Sabtu

Mlm tu mmg tak bolh tido menahan sakit, mmg sakit tapi sy boleh tahan lagi..airmata still steady tak keluar lagi...bhabhabha..10 minit sekali conraction dtg menyerang. Pukul 3 pagi mcm tu saya dah mengantuk tapi msh tk bolh tido lena sebb sakit, selang masa contraction tu saya terlelap sbb letih balik kerja lepas tu menahan contraction lagi. En suami dah lelap terlena berdengkur siap..dia pun letih, yerla masing-masing balik kerja kan.

Pukul 5 pagi saya dgn en suami bangun mandi, siap-siap sementara tggu subuh. lepas solat terus ke Hospital An Nur, Bangi.  Masa kandungan 8 bulan sy dah stop check up di KK terus saya follow up di Hospital An Nur dan sudah pastinya Dr yang menjadi pujaan ramai semestinya Dr Khamsiah Muda juga yg jadi pilihan saya. Mase check up minggu lepas berat baby 3.48kg..Dr Kham agak risau takut mencecah 4kg sbb nmpk gayanya bayi mmg besar. Jadi sebelum tamat sesi consultancy Dr cakap "saya harap ibu bersalin mggu depan" hahaha

Sepanjang perjalanan dr Puchong nak ke Bangi rasa jauh betul, pdhal dtg check up takde la jauh mana pun...bhabhabha..gigih saya menahan contraction masa tu dah 5 minit sekali.  Sebab pagi tu belum sarapan lagi, saya dgn en suami sarapan dulu roti canai dgn milo panas dekat restoran sederet dgn hospital. Mengadapla saya sambil sarapan roti canai sambil menahan contraction...layannnn

Dekat meja sebelah nampak pulak Dr Kham dengan rakan-rakan Dr yg lain sama-sama bersarapan..
kejap lagi kita jumpa yer Dr...huhuhu

Lepas sarapan, terus ke hospital..terus ke kaunter bagi tau nurse dah turun darah. Muka saya menahan sakit tu mmg tk boleh nk sorok lagi and im not a good actor sampikan kakak kat situ tegur saya..dah sakit yer?? adehh..

lepas settle pendaftaran nurse terus bawak sy ke ward. Nurse ada offer saya untuk naik wheelchair, tapi saya tak nak..acah-acah larat lagi..saya pun masuk ward yg 4 bedded punyer sbb single penuh hari tu. Tapi saya dah diletak dlm waiting list once ada kekosongan terus pindah.

Tukar baju siap-siap pakai baju pink...baju untuk bersalin. Nurse dtg check ctg semua yang letak benda kat perut tu utk tgk jantung baby ok ker tak. Alhamdulillah baby maintain ok..nurse pun tahu..tgh contraction yer puan?? bhabhabha sbb kt monitor tu contraction dh kuat..berbaring sekejap buat ctg tu untk 30 minit.

Habis buat ctg tggu midwife sampai utk check cm. Midwife masa tu tgh handle patient dan baby baru deliver. So tunggu la kat situ dgn en suami.

Midwife sampai then die check, terus die jerit kat nurse lain untuk prepare dan boleh terus turun labour room sebab bukaan dah 5cm..terus pandang en suami senyum-senyum takuttt...hahaha.... masa tuh dah nak pukul 10 pagi tak silap.

Turun LR, nurse bagi ubat berak..terus membuang..bhabhabha tak sampai 5 minit..tggu Dr Kham dtg..pukul 11lebih Dr sampai..check bukaan tak berubah sgt 5~6cm. progress dah mula slow, sebab sakit contraction pun tak kuat mcm pagi tadi tapi still 5 minit sekali.

Dr Kham pecahkan air ketuban..baby dah mula berak..tapi jantung masih ok dan maintain..Dr cakap ibu, baby dah berak..kita tak boleh tggu lama...Dr panggil en suami utk tgk air ketuban tu mula ade hijau-hijau sikit..jadi, Dr kata dia akan masukan ubat induce untuk cepatkan bukaan dan akan rasa sakit sikitttt...septtnya contraction kena 1 minit sekali.


Dangggggg.......rasa terhantuk kepala saya...

Saya bertabah sgt dah masa tuh, bila mula on je induce by drip..mula sakit yg kuat sangat..mula dah bertempayan airmata..sakit nya Ya Allah..Allah...tak tahu mcm mn nak gambarkan sakit tu. Contraction dtg 1 minit sekali. Sampai satu tahap rasa nk give up sgt...sebab sakit..tapi sy still tahan jer kat katil LR tu...sakit-sakit tangan en suami saya kerjakan...baju je tak koyak saya tarik....hahaha

banyak kali nurse datang betul kan ctg kt perut sbb saya mmg tk boleh telentang dah..tak boleh duduk diam..kekiri kekanan rimas...panasssss....pdhal LR tu beraircond punyela sejuk...sepanjang nak tggu 10cm airmata tak berhenti mengalir..saya dah tak boleh nak fikir byk saya zikir.. bila sakit dtg saya sebut Allah...itu yang keluar dari mulut saya...


Sister nurse kat situ dtg naikkan lagi dose induce tu, dia tanya saya..sakit yer? cakap terus terang nak bersalin mmg kena sakit, kalau tak sakit tak boleh bersalin...hamik kau!! saya terus la menahan sakit.
Dia cakap ada org boleh tahan ada yg tak boleh tahan. boleh ambil epidural kalau mahu. Tapi mulut saya tak terkeluar nak mintak epidural...bhabhabha..

Lepas tu nurse dtg check cm..dah 8 cm..masa tuh dah almost pukul 1. Hospital An Nur nie sebelah dgn masjid, jadi azan zohor masa tu mmg boleh dengar. En suami cakap dgn saya dia nak ke surau solat zohor dulu, saya tk sempat nak cakap apa-apa sebab ralit menahan sakit...nurse dtg, tanya saya nak solat berdiri ker mcm mana..saya cakap saya solat kat situ jugak..diorg wudhukkn saya sbb sy on drip masa tu..pakaikan saya telekung..jujur saya cakap airmata mengalir laju masa solat sbb contraction kuat sgt..dan its real..unbearable...sakit yg bermula dari kaki perut sampai ke belakang..dan bacaan dekat monitor tu dari 20++ boleh pergi sampai 19x++ ...menangis tak berlagu setiap kali number tuh running tggi...sakit tak terperi!!


Tak lama lepas selesai solat zohor, en suami sampai..bagi semangat kat saya, mintak saya sabar..berdoa..zikir banyak2..terkadang tak boleh nak hadam apa en suami cakap...masa tu jugak la saya nak buang air kecik la nk buang air besar la..mcm-mcm rasa masa tu.

Nurse dtg lagi check cm dah 9cm..diorg mula prepare semua peralatan..saya dah betul-betul tk boleh nak tahan lagi..sakit yg teramat sgt..hampir nak menjerit-jerit tapi tabahkan diri..memg ingat Allah byk-byk..lepas tu Dr kham sampai..dia mintak nurse gantungkan kaki saya..

Dr cakap, ibu kalau rasa contraction ibu dh boleh teran..Dr dah siap pakai mask, apron dia glove semua..bermula la episod push..nurse pun baik-baik belaka..bagi moral support..seorang nurse duduk tepi saya tekan-tekan perut saya guna siku sambil tu gigih la push sekuat hati.. sbb masa check bukaan biarpun dah almost 10 cm tapi baby masih tggi. Nurse cakap teran puan..teran lagi...jgn bazir kan contraction...

Untuk yg mmg takda experience mcm saya nih..siap menjerit masa push..Dr tegur jgn jerit sbb nty guna tenaga banyak..tarik nafas dan teran yang panjang sekali..dagu cecah ke dada..sambil tangan tarik besi..tak ingat berapa kali saya push...memg banyak kali..penat sgtttt...sakit lagi...ppppffftttt

sampai satu tahap saya rasa panas terbakar...yeahh itu ring of fire..saya push lagi sehabis boleh semampu boleh..main goal saya ank saya perlu keluar dgn selamat dan cepat..jadi masa push sy mmg fokus wlu pun penatt letihh dan sakitttt....

Alhamdulilah....


















12/12/15 Tepat jam 2.36 petang lahir la bayi lelaki saya seberat 3.7kg

awal 2 hari dari tarikh due yg diberi...


Dr kham sambut bagi salam pada baby masa kepala baby dah keluar kemudian Dr kham terus letakkan pada dada saya..automatik sgt..sakit derita tadi hilang macam tu jer guyss!


Dr kham mintak en suami yg potongkan tali pusat bayi kami..saya betul-betul bersyukur dan takada kata-kata lagi boleh saya cakap bila saya nmpk bayi saya selamat. Kemudian Nurse ambil bayi untuk dibersihkan..nurse masa tuh buat satu injection pada peha saya untuk kecutkan rahim..

En suami masa tu pergi tengok bayi kami tgh disiapkan oleh nurse dan tggu utk di iqamatkan dan tahnik.

Saya masih terbaring berborak sekejap dgn Dr kham..Dr kham ckp..Alhamdulillah..dapat pun bersalin normal..ibu tido dulu rehat sekejap..

lepas Dr ckp mcm tu saya terus padam..bhabhabha..tk tahu apa jadi..
en suami cakap dlm setengah jam saya tido dan Dr jahit keluarkan uri semua.

Saya sedar saya masih terbaring dan semua dah siap..ada seorg nurse masuk..lepas tu saya tanya banyak tak jahitan saya..dia kata lebih kurg 6 mcm tu..dia cakap normal utk org bersalin ank pertama dan Dr buat episotomy yg mana saya tear 2.

Nurse sorang lagi masuk bagi bayi lelaki saya..serasa tak percaya itu bayi saya and im officially become a mother..

Muhammad Akid Rafif Bin Mohd Rozaidi 
the name was given..

Tak lama lepas tu mama dan ayah serta adik-adik saya dtg..selamba jer diorg melawat kat LR tu..sebab masa tu saya tak naik ward lagi..masing-masing teruja dan mmg tak sabar..

En suami masa tu uruskan ward sebab dah dapat ward single..bawak semua pekakas masuk ward.
Akid tak banyak ragam..tido jer dia..tak bangun-bangun..sikit-sikit je movement dia..mlm tu stay dekat hospital..en suami temankan..en suami pun tido kat lantai jer...tapi dia ok..

dan esoknya dah boleh balik lepas Dr kham dtg check luka..

lepas bestier saya dtg melawat (thanks nora..i luff u) en suami settlekan bill, kemas-kemas dan terus balik ke kampung Gedangsa..saya berpantang dekat rumah nenek saya..

Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya urusan bersalin saya..

dan dah besar dah ank lelaki saya..umur nak menginjak 2tahun pun..tapi setiap bibit kenangan untuk melahirkan anak saya tak pernah saya lupakan..

anugerah dan amanah yg Allah hantarkan pada saya dan suami..

Akid pun dah jadi abang..hahaha..nanti saya kongsikan pulak kenangan melahirkan anak kedua kami puteri kami satu-satunya...so far...hahaha




till then




Love, Idza




















Saturday 10 January 2015

2.0.1.5 Di kampung Tercinta bersama En lebiu Tercinta ;)

Assalammualaikum

10 hari dah kita semua telah meniti ke tahun 2015 bulan januari..alhamdulillah..syukur kehadrat yang maha Esa atas segala kurniaan dan kesempatan yang Allah telah berikan kepada kita semua, dipanjang kan usia agar kita lebih memperbaiki diri serta berusaha dalam menurut segala perintahNya.

Nak dekat hampir setahun lebih sy menghilang kan diri (bhahaha)....
 *ingat kelaka ker* lama meninggal kan blog suam suam air suam ni. asyik suam suam kuku jer..cliche sangat..typical melayu..gitewww.

overnyer haku...

Memandang kan 1/1 tu jth pada hari khamis, sy dengan sepenuh tenaga berfikir untuk terus bercuti pada jumaat. Jadi terjadilah cuti selama 4 hari berturut turut dan perasaan ingin pulang ke kampung halaman memang membuak-buak tak terbendung. Lagi pun berminggu minggu sebelum tu memg dh membebel tanpa henti sambil hentak-hentak kaki kat en somi nak balik kampung. Lama tak jenguk kampung. Rindu wan dgn atok kita.

Lepas je balik kerja rabu malam tu, kita semangat siap-siap, kemas barang-barang dan terus bergerak. Dalam kereta nyanyi-nyanyi dalam hati senyap-senyap..balik kampung..hoohoo...balik kampung...

lalalalalala...

Sampai je malam tu jumpa dengan pak usu, adik mama yang bongsu kebetulan balik kampung juga. Santai-santai malam tahun baru tu dengan wan dan atok kat rumah. 

Sembang kencang dengan wan dan atok.  

Hari Khamis tu, relaks-relak dulu, lepaking dulu layan angin kampung, sebab apa...

Sampai-sampai je malam tu kita dah main jeling- jeling dengan buah rambutan yang gayut-gayut kat pokok..

kahkahkah..

Jumaat yang dinanti, pepagi ikut wan dan atok pegi pasar behrang, beli barang-barang nak masak. Lepas tu pegi settlekan beberapa urusan dengan en somi.

Petang menjelma, lepas solat asar, kita dengan en somi pun bergerak secara beregu panjat pokok rambuatan. tapi kita tunggu kat bawah jer, masuk kan rambutan dlm bakul dan sambil-sambil tu membaham rambutan dengan angkuh sekali.

syurga...

lepas tue, tinjau-tinjau apa benda yang gayut-gayut banyak kat pokok jering tu...
la....confirm la jering..tak kan la manggis gayut-gayut kat pokok jering..tarus ingat kat ayah..memg feveret dia.

beberapa minggu lepas ayah mama dah balik panjat pokok jering tapi masih banyak lagi..tengah musim membuah..(betul ker musim tu...membuah pun boleh!!)

ajak en somi panjat pokok jering pulak, punyer la payah. mana tak nya pokok jering tu mencacak tegak. tak macam pokok rambutan yang meliuk-liuk batang pokoknya.

Gigih bawak tangga atok, pakukan kayu kat pokok jadikan pemijak utuk naik...berjaya weh..en somi sampai pun kat atas even bercalar-calar lebam la tangan dia..( satgi dia claim aku dera dier...huhuhu)


tadaaaa....



layan....jering nie muda-muda sangat..buat ulam makan dengan nasi sekali dengan sambal petai awesome wan..terbang pun boleh weh...


ini sambal petai legend wan atok kita..

rare kan...^_^ ( angkat-angkat kening acah kak Tina zain)

Kita memang tekak cili api, tekak belacan...memg kena sangat la ni...lauk dari kecik almaklum la membesar dengan wan atok kita...hihihi



 woi orang kampung!! mari join..

Keliling rumah wan kita, memang penuh dengan tanaman yg terdiri dari sayur-sayuran..memg wan kita cukup suka bercucuk tanam ni, sambil-sambil exercise waktu petang-petang bolh juga buat makan sendiri.


Cili Padi


Daun Kunyit




Pucuk manis, Cili padi




Pucuk Betik...hoyeahhh!! 


Limau




Pisang



Kucai, Pucuk Manis


daun kari


Pucuk Ubi


Pucuk Manis diluar pagar, sila la petik bila nak masak..
Tengok sayur perut dah lapar, alangkah indah bila lalu ditekak....

kahkahkah..

(mcm tak kena jew..tak kena je..)



Bunga Kantan




Daun Selom



Daun sup...dalam pasu lagi..kerlas ko som!!


hijau dah mata enkorang kan...walaweh..nie jer mampu haku snap buat tepek tak blog ni.
rasa memg berat sangat nak balik Puchong kalau dah cenggini gayanya..


hari ahad tu kami bergerak la balik puchong bawa wan sekali sebab syafiq ade kat rumah, dia cuti..sebab adik kita ditempatkan kat Sarawak..Hospital kat Bandar Sibu.

Jauh, ade buat permohonan rayuan sekitar selangor tapi tak ada rezeki.

Takperla, dah rezeki syafiq kat sana, ky doakan abg berjaya dan terus success, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan panjang umur. Jadi pagi isnin, adik sy dah nak berangkat kesana, jadi balik la ke puchong untuk jumpa syafiq sebelum dia berangkat.

siap bungkus-bungkus segala hasil tuaian yang tak seberapa untuk bawa kat ayah mama, kita pun bergerak..







Dah otw balik baru terperasan














kita perasan tak ada gambar selfie or gambar kita masa balik kampung ni..

pelik..bhahahah



teruja sangat...



tak ingat selfie langsung...


kahkahkah...

(buruk perangai ko ni *-*)




Bendi yang kiut...




patutnya tajuk entri ni hijau mata hitam ku..
macam lebih sesuai...





till then



assalammualaikum


Thursday 15 August 2013

berlalu ramadhan syawal pula menjelma


 assalamualaikum

raya..raya..dan raya lagi...itu adalah tag line untuk tahun nie..bahhahah...jgn nak ketawa sgt ok..selamat hari raya aidilfitri untuk semua umat islam didunia.

bila syawal dh menjelma maknanya ramdhan telah pun berlalu. entah jumpa lagi ke tak ntah ramdhan tahun depan. Bulan yang penuh barakah...serasa tenang jer di bulan puasa.*feeling ^_^.

sedar tak sedar rupa rupanya berbulan blog tak berhupdate.nyorok-nyorok jer hupdate blog akibat keseganan yg mendewa.


sehari sebelum hari raya, sy dan keluarga dan pun bertolak pulang ke kampung halaman tercinta..yeah!! untuk pertama-tama kalinya.  selalunya mama ayah mesti balik malam raya. So, ape lagi kan gembira bukan kepalang lagi la.  lama juga tak pulang ke kampung, tengok rumah wan dan atok terchenta, t.malim wonderful place *_*

sampai jer kat rumah wan kan. bersiap sedia untuk misi mengemas bersama adik-adik.satu rumah kena clearkan. dah settle rumah misi kedua pula bermula memasak..nie misi wajib di hari raya sbgi persediaan untuk raya keesokan harinya. lemang dan rendang daging menjadi pilihan hati.



lemang home made by wan dan atok


rendang daging oleh saya dan wani

sambil masak-masak sembang sembang dengan wan, boleh pulak wan saya serkap jarang katanya raya tak jadi. lepas jer berbuka untuk hari terakhir puasa, solat mahgrib gigih duduk depan tv tunggu pengumuman raya. melonjak sampai keatap, sangkaan wan meleset sama sekali sebabnyer raya menjadi esoknye.


untuk raya pertama, semua ke masjid pada pagi raya untuk solat sunat. balik jer dari masjid. belum pun bukak telekung berpusu kanak2 datang kerumah. lepas jer beberapa group kanak-kanak beraya, kami sekeluarga pun berpusu-pusu jugak tutup pintu semua keluar beraya pulak. kalau tak confirmla sampai kemalam tak henti-henti org dtg beraya. dengan kuasa bulan dan bintang kami secara deras terus ker kalumpang, kuala kubu baru dan terus ke sungai buaya.



mommy


Wan @ nenda tersayang ^_^ dengan ayu



ayah, mama , wani


orang kuat wan @ nenda




atok saya , wani



tahun  nie bertuah sungguh saya, duit raya masih dapat lagi hokay!! segan pun ader jugak.  mna tak nyer..sy nie dh boleh jadi tokoh ibu dan bapa dah masih dapat duit raya..rezeki...kengkawan sy masing-masing dah berkeluarga diorg yang hulur duit raya..tapi saya nie versi kanak-kanak oren..ok pe? kan...



hakim





untuk raya tahun nie..adik beradik saya memg tak cukup korum. sedih jer. syafiq tak dapat nak raya sama. tak dapat cuti. beraya sendiri kat hospital..sian my big brother. bercuti raya pun hari raya ke 4, jadi jumpa syafiq kat negeri sembilan sajalah..jadilah, dari tak cuti langsung.

pada petang raya ke2 sy dan keluarga bertolak ke negeri sembilan. beraya bersama wan kat sana pulak. kalau tak..kecik hati wan sy tue. 







syafiq




syafiq , mama








keesokkan harinya, kami semua pun balik ker puchong, nasib jalan raya masih terkawal.kalau tak boleh keras punggung duk dalam kereta menatap jammed. tak kuasa nyah!!

masa untuk beraya di rumah sendiri.






raya-raya pun sempat ngajak berjalan..

syok jugak..lengang jer mall





-mission completed-


till then,


^_______________^