Nuffnang Ads

Friday 20 April 2012

dengki @ irihati *_*

salam...


melihat tajuk saja, pasti ada yang sudah dapat mengagak apa entry sy untk kali ini.bercakap soal dengki @ irihati nie, mesti ramai yg pernah mengalaminya tak kira dgn keluarga ker, family ker (bukn same ker..) saudara-mara ker, jiran ker, tetangga ker ^_^, sahabat handai ker atau pun sewaktu dgnnya.

dengki @ irihati nie, pada pendapat sy merupakan satu masalah.ianya jugak bukan la benda yg asing bagi kita semua kan. Ada yg dengki sampai bertahun-tahun. Ade pula yg sampai melibatkan penggunaan ilmu hitam bagi melaksanakan kedengkianya pada org yang di dengkinya itu..(ha..super ayat nie..). apa pun perkara nie semua dilarang keras dlm agama kita sendiri, dari segi etikanya jugak pun sangat la tidak beretika.


antara situasi atau contoh simple yg kita pernah alami mcm nie,dengki dan irihati dgn kwn. simple kan..semua pun boleh paham hendaknya.

situasi bagi pihak si X

situasi 1

si X berkawan dgn si Y.suatu hari Y membeli jam Elmo yg amat comel sekali..lalu si X pun berkata "apalah jam yg ko beli nie, takde taste betul la ko nie. dh la mahal pulak tue.mcm budak-budak yg tak berapa nk membesar la ko nie". selang 2, 3 hari...tiba2...jam Elmo yg super cute itu tlh berada di pergelangan tangan si X.


situasi 2

si Y pun menggunakan produk kecantikkan "cepat lawa" dan produk tersebut baru dibelinya. lalu si Y pun berkata pada si X." weh,ko tgk nie, aku baru beli produk "cepat lawa" nie,ramai testimoni kata produk nie sgt berkesan". tapi si X sikit pun tak menghiraukan si Y, wlu pun mcm tue, si X ttp menjeling tgk produk yg dibeli si Y tanpa disedari oleh si Y.selang beberapa hari si X pun membeli produk tersebut dan menggunakannya, tanpa dia mnyedari yg produk tue sebenarnya tak sesuai pun untuk jenis kulitnya.



ha..pernah tak kwn mengalami situasi mcm nie,kalau lain pun lebih kurang tue adakan.sebenarnye susah jugak nak melayan org yg psyco mcm si X nie.mungkin mereka nie merasakan tidak boleh tgk org lebih dari dia. jangan begitu, itu adalah sgt  tidak baik untk kita. ape salahnya jika kita berkongsi. "sharing is caring" kan. berkongsi maklumat dgn kwn2. itukan bagus. kalau rasa-rasa berkenan terus jer jujur tanya pada kwn." ko beli kat mana nie?cantiknya?aku minatla..minat sgt..ok tak klu aku pakai". berkongsi maklumat pun boleh meluaskan pengetahuan.berkongsi pengalaman, sebab setiap dari kita punya pengalaman yg berbeza.


ok, sekarang jom kita tengok dari situasi yg lain pula..


situasi bagi pihak si Y

situasi 1

si Y membeli beg doremon yg sgt gojes. lalu si X pun tertarik dgn beg doremon tersebut.lalu, terus jer si X bertanya kan pada si Y " cantiknya beg doremon nie.beli kat mana? kenape ko tak belikan aku satu?...(lempang nty leh dpt mintak cm nie!!). lalu si Y pun jwb dgn kedekut dan iri hatinya."adalah tempat aku beli,mn boleh bgtau kau, nanti kau tiru aku, aku sorang jer boleh pki beg cm nie".


situasi 2

si Y baru balik dari membeli baju kurung yg sgt vogue diabad ini. lalu si X pun bertnyakan kepada si Y.lalu jwb si Y "entah,aku pun tk ingt la mn aku beli.lagi pun ko tak sesuai pki baju mcm nie.org mcm aku jer boleh"


situasi bagi pihak si Y pun tk kurang hebatnya kan,klu sy yg kena tu, comform dh sy lari laju-laju nangis balik mengadu kat mama( mama...i love U)...situasi nie pulak, tahap kedekut tak nak share dan tak nak orang lain pakai benda yg sama mcm dia pakai. klu dah beli kat kedai memg dah sah-sah la byk unit yg di jual.habis tue nak kau sorang jer beli, memg bungkusla perniagaan mak cik Jenab tu..*_*( tak termsuk dlm contoh situasi tadi)

kesimpulanya, kita jangan la dengki dan iri hati. mcm sy ckp tadi berkongsi itu kan baik untuk diri kita dan juga org lain, selain dapat kebaikan..kita juga boleh mengelak risiko tersalah pilih barang tiruan contohnya lah.

tak lupa juga,kita jgn la kedekut sbb kita takut nanti semua org guna produk dan apa-apa je yg sama dgn kita. klu ada yg mengikut kita pada benda yg baik, saham akhirat juga kita boleh dpt insyaALLAH..tak perlu nak dengki dan iri hati sbb dengki dan iri hati byk mendatangkan mudarat serta mala petaka...(bahaya mcm tsunami..) hati kita pun jadi tak senang, asyik sakit hati je. jadi kita semua, termasuk la tuan yg tgh taip nie..kena kenal ape itu ikhlas..kdg2 kita rasa kita ikhlas tapi sebenarnya tak pun. sbb ikhlas tue akn memberikan kita rasa redha yg mana pulangan nya nanti diberi ketenangan hati..insyaALLAH..

bagi yg memg tak boleh melihat kesenangan dan kegembiraan org lain, rasa-rasa mcm nak pergi bakar jer rumah dia atau nak cabut empat-empat tayar Audi dia ( boleh ker dpt kereta Audi) diharap simpanlah hasrat terpendam itu. balik rumah cubalah renungkan sikap dan niat tadi tu. Jangan lah kita menggunakan ilmu hitam segala sebb dengki dan iri hati tengok perniagaan org lain maju. Lebih baik kita mendoakan supaya perniagaan dia lebih maju lagi, rezeki tuhan mana tahu tempias nya boleh melekat pada kita. Untung rezeki melimpah ruah pula pada kita.


selain hati kita senang, muka kita pun boleh jadi cantik dek kerana ikhlas tadi, terpancar bercahaya lgi taw..=) semoga kita semua dpt mempraktikan untuk manfaat semua..




jumpa lagi..







No comments: